Modal bawah RM1000

" Modal kecil, untung lebih besar"

Betul ke bermodalkan rm1000 boleh mencecah  keuntungan rm3000 ? Boleh ! Siapa kata tidak boleh. Dibawah ini saya senaraikan pantang larang dalam dunia perancangan bisnes.

TARGET MARKET

Target market kena tepat, kepada siapa kita nak menjual ? Berapa pendapatan target market, sebulan berapa kali mereka ulang pembelian, produk kita produk cepat habis atau produk mudah basi. Target jualan mengikut kadar bulanan yang logik. Logik bermaksud, jika baru mulakan bisnes agak mustahil untuk capai kadar keuntungan rm3000 sekelip mata.

Bisnes adalah satu proses perjalanan yang panjang, jika kena cara dan gaya target rm3000 mungkin mudah dicapai, target market perlu jelas dan tepat.



MODAL RATUSAN.

Dengan bermodalkan ratusan ringgit juga mampu capai target untung ribuan.Bagaimana caranya ? pastikan dalam masa sebulan, anda perlu tambah stok mengikut kadar baget asal.

Jika baget asal berjumlah rm600, dan stok semakin susut dalam tempoh seminggu, wajib ulang stok dengan kadar segera supaya target untuk sebulan mudah dicapai.Jika sebulan perlu ulang penambahan stok sebanyak 4 kali, sila lakukan.


JANGAN LANGGAR MODAL ASAL.

Jika modal permulaan rm600, sila jangan langgar dengan menggunakan modal baru dari keuntungan yang belum cecah sebulan, ini nasihat bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia bisnes.

Nanti, modal tak jelas untung juga kabur dari pandangan.

Duit modal bukan duit untung, duit untung boleh digunakan untuk modal selepas perjalanan duit keluar masuk jelas untuk tempoh sebulan.Kemudian buat kira kira mengikut target bulan berikutnya.

ROADMAP

Perjalanan bisnes perlu di rancang untuk 3 bulan akan datang, kemudian 6 bulan, dan setahun.

Tarikh - tarikh penting setiap bulan seperti hari ibu, hari guru, hari wanita sedunia, hari kopi dan sebagainya perlu dicatat sepanjang tahun.

Supaya mudah untuk susun atur perjalana. bisnes jika ada bulan yang perlu buat promosi. Tarikh khas ini sangat penting pada target market kita, bila mereka sudah suka, mereka ternanti nanti jualan murah dari penjual.

Banyak lagi yang saya hendak kongsikan, tunggu pada ruangan konten akan datang :)




Comments

  1. Casino Site - ChoegocasinoCasino.com
    Casino Site. Casino Site. Casino Site. Slot 메리트 카지노 주소 games. Slots. Table games. Slots. Table games. Baccarat. Blackjack. Baccarat. Roulette. Poker. 카지노사이트 Baccarat. kadangpintar Baccarat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hamil ketika aktif berbisnes

Bisnes dari rumah