Hamil ketika aktif berbisnes

" Anak bisnes anak luar biasa"

Suri rumah bisnes adalah kerjaya yang paling tinggi komitmen dan gaya disiplin.
Sekali rebah, memang payah nak bangun semula. Dalam hal ini,sokongan suami sangat penting dalam mengurus emosi dan semangat isteri. Kerjaya suri rumah bisnes ini lebih banyak cabaran nya. Sediakan mental siap - siap.

Kaum yahudi terkenal dengan kepintaran, mereka buat kajian pada ibu hamil. Ketika hamil,  ibu sibuk belajar ilmu matematik, kesan dari perahan otak si ibu ketika hamil, hasilnya anak lebih pintar dan cerdas.Berbisnes sentiasa memerlukan idea baru, ketika ibu sedang aktif berbisnes anak dalam kandungan juga berpotensi menjadi ahli bisnes suatu hari nanti, siapa tahu :)




DIDIKAN AWAL SEJAK DARI RAHIM.

Kisah inspirasi kerjaya suri rumah berbisnes dan juga seorang mahasiswa dalam satu masa, bayangkan kegigihan ibu hamil beranak 9 ini. Kisah ini adalah kisah benar 23 tahun yang lalu, ketika itu si ibu sedang sarat membawa zuriat ke 6 dalam kandungan.Dia mengikuti kelas matematik kira laju, teknik matematik ini tidak pernah diajar sekali pun di sekolah sepanjang usianya 32 tahun ketika itu, hari pertama ke kelas dia menangis dan sangat tertekan. Bayangkan dengan hanya menggunakan 10 jari, dia mampu mengira sehingga ratusan angka dalam tempoh yang singkat.

Semangat ibu hamil ini kuat, sokongan suaminya padat. Sikapnya memang susah putus asa, sehingga  dia tamat pengajian dan buka pusat tuisyen matematik kira laju dengan bilangan ratusan pelajar. Gigih si ibu mengurus hal rumah,bisnes dan status sebagai mahasiswa dalam waktu yang sama. Perjuanganya bukan sampai disitu sahaja, ketika berpantang selepas melahirkan zuriat ke 6, si ibu pergi universiti menduduki peperiksaan akhir, hebat bukan ?

Anak ke 6 yang dikandung, kini sudah berusia 23 tahun, menghafal 30 juzk, keputusan peperiksaanya sentiasa cemerlang sejak 6 tahun dan sekarang sedang mengambil kursus jurusan medik di mesir.

Ambil kisah inspirasi ini sebagai semangat dan jangan pernah mengalah, hamil bukan penyebab ibu lemah dan segala aktiviti bisnes menjadi terbatas.Berbahagi kerja ketika hamil, upah pekerja sambilan untuk ringan kan kerja. Paling penting urusan bisnes berjalan seperti biasa :)

Comments

Popular posts from this blog

Modal bawah RM1000

Kerja part time dirumah