Bisnes dari rumah

"Mulai rencanakan bisnes anda"

Tidak perlu risau jika bisnes yang bakal kita hasilkan nanti adalah bisnes yang tiada keunikan dan sama dengan bisnes orang lain. Rasullullah saw juga berbisnes dengan menjual barang keperluan sama dengan orang lain, cuma yang membezakan adalah cara kita berbisnes.





Apa yang harus dilakukan ? Mulakan dengan perkara berikut :


PERSIAPAN

Apa jenis perniagaan yang anda ingin lakukan ? berapa modal yang harus dikeluarkan untuk permulaan perniagaan, dan siapa yang bakal jadi pelanggan. Mulakan bisnes dengan hal dan modal yang kecil, jika gagal ia tidak akan membuatkan anda merana.

Permulaan modal saya pada tahun 2012 adalah sebanyak rm700 dengan menggunakan duit PTPTN, ketika itu masih lagi seorang mahasiswa tahun 2, kemudian  dengan untung yang ada saya tambah lagi modal lain yang lebih murah dengan kadar permintaan yang lebih tinggi.Usaha mengikut keseriusan kita berniaga, usahawan yang serius dia tidak mudah berputus asa, sikapnya optimis dan selalu membayangkan kejayaan sebelum berjaya.

Walaupun nampak payah, tapi hasilnya memuaskan hati pelanggan dan hati kita juga.

2. Menabung

Memulakan perniagaan pasti memerlukan modal yang tidak sedikit. Sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membina perniagaan, anda mestilah mempunyai simpanan sekurang kurangnya 6 bulan gaji supaya anda boleh melakukan persiapan.

3. Mulai membuat apa yang anda sukai

Sesuatu perkara yang bermula dari suka atau hobi boleh mendatangkan hasil pekerjaan yang menggila, kerana dengan suka anda tidak mudah berasa bosan.Kegilaan juga membawa keghairahan tanpa batas. Bahkan anda tidak mudah menyerah kalah pada awal perniagaan.

4. Perhatikan ke mana wang syarikat anda pergi.

Tujuan anda membuka perniagaan adalah untuk menambah pendapatan, maka anda perlu melihat kemana wang itu dikeluarkan dan berpusing. Dengan cara anda meneliti wang keluar masuk, lebih mudah untuk anda potong kos kos kecil, dan dari potongan itu anda  boleh menghasilkan untung yang lain.

5. Latih diri dan paksa diri  untuk melakukannya !

Keseronokan dalam mengerjakan sesuatu atau mengembangkan perniagaan adalah dengan melakukanya berulang kali sebanyak 21 hari, bila anda melakukan dengan suka dan teruja sudah tiada lagi istilah bosan dan hilang semangat.

Paksa diri untuk mengharungi resiko dalam perniagaan dan perlu cabar diri melawan ketakutan dalam dunia ini, kerana orang berbisnes adalah orang yang berani dan sanggup cabar diri sendiri.Semoga tips motivasi bisnes ini membantu anda untuk meneruskan jalan ,jangan pernah rasa ragu dengan pilihan yang kita sudah rencanakan,mulakan dengan kecil, mulakan dengan semangat dan berani, mulai sekarang !




Comments

  1. El Cortez - Casino, Hotel & RV Park - Mapyro
    Compare reviews, photos and ratings of El 인천광역 출장샵 Cortez Casino, Hotel & RV Park - Casino, Hotel & 김천 출장샵 RV Park in El Cajon, CA - Find your way around the casino, find where everything is  Rating: 3 · ‎2 reviews · ‎Price range: $ (Based on Average Nightly Rates for a Standard Room 용인 출장마사지 from our Partners)What are some of the property amenities at El 안양 출장샵 Cortez Casino?Which room amenities are available at 군산 출장샵 El Cortez Casino?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Modal bawah RM1000

Kerja part time dirumah

Hamil ketika aktif berbisnes